10/27/2011

-truth hurts-

i got slapped back into reality last night
got slapped back real bad
truth hurts ain't it?

there was this simple line
but I ended up weeping in my sleep......again...




"kecewa ditinggalkan tidak sama seperti kecewa meninggalkan"




I heard the glasses again...
shattered into pieces.....again...
now let me just start all over again to mend this "jigsaw puzzle"

10/25/2011

-entri lama-

wahai kamu...
lama lagi aku menghilang kan?
tapi aku tetap akan kembali ke sini.
selain apa aku mohonkan pada Yang Esa, aku lepaskan segala isi hati di sini.
kerana kamu yang tidak menilai aku.
yang masih mahu 'menelan' segala teriakan aku, yang masih mahu melayan apa mahu aku, yang benar aku tahu tidak akan berputus asa akan seorang aku.

lama aku menghilang.
bukan kerana aku melupakan kamu yang sentiasa untuk aku.
banyak yang aku coretkan sepanjang jiwa aku parah.
dan aku masih dengan coretan-coretan itu.
tunggu masa dan peluang untuk aku paparkan di sini buat kamu.
oleh itu, jangan pernah kamu putus asa pada aku.
kerana selama mana aku mendiamkan diri, aku pasti mencari kamu.

nota kaki: kamu-eslemontea

9/22/2011

-......-

lama sudah tidak menjenguk ke sini,
pasti ramai yang kata "lihat, betapa senang dia move on"
bila sudah tukar relationship status di facebook,
pasti ramai yang kata, bagi dia itu perkara senang, untuk mencari ganti.
aku kira, pasti ramai yang menunggu atau mungkin sedang mengira berapa lama masa yang aku ambil
untuk 'move on'

lama sudah aku ingin tuliskan perihal ini,
serasa aku, sekiranya siapa teman aku yang kini mahukan seorang aku membacanya,
pasti akan berkecil hati.
tapi sampai bila aku mampu simpankan dalam hati.
aku tidak punya teman untuk aku tangiskan segala isi hati.
aku tidak punya teman untuk aku dengarkan bicara.
aku tidak punya teman yang mahu tadahkan telinga semata-mata.

tapi aku masih seorang aku.
yang hati aku masih didekasikan pada jejaka itu.
yang hati aku masih kasihkan jejaka itu,
apa mampu aku...
hanya mampu mendoakan segala kebahagian dan kesejahteraan buat jejaka itu.
walau bibir aku tuturkan pada lelaki lain bahawa aku terima keinginannya untuk bersama aku,
telah aku sebutkan dari mula,
bahawa dia hanya punya jasad aku,
hanya melihat segala gelak tawa aku, hanya lihat segala kerut di muka aku,
tapi hati aku, perasaan aku...
masih utuh untuk jejaka itu.

terkadang aku terfikir,
apa patut aku terima orang lain di dalam hidup aku?
tapi melihatkan jejaka itu jauh pergi mencipta bahagia dia dengan 'rusuk kiri' nya,
apa daya aku.
dulu pernah aku bertanyakannya...
"apa kamu akan bahagia dengan gadis itu?"
jawabnya...."InsyaAllah"

bagaikan masih terngiang jawab nya itu.
aku tidak mampu untuk laungkan pada kenalan, pada teman.
kerana pasti mereka bilang aku gila.
aku masih cuba untuk ucapkan selamat tinggal pada rasa hati dan perasaan yang terlalu utuh untuk jejaka itu.
aku masih cuba untuk bergelak tawa pabila bersama teman-teman.
namun, aku tidak akan mampu untuk memaksa hati aku untuk mengasihi seseorang yang lain seperti aku mengasihi jejaka itu.
kejam seorang aku kerana memperlakukan seseorang yang mahukan aku.
tapi seperti kata jejaka itu..."InsyaAllah"


-menghela nafas panjang-
biar aku bergelak tawa,
biar aku bersama yang lain,
tapi hati ini masih memanggil nama jejaka itu.
tiada lain mampu aku lakukan,
dari doakan segala kebahagiaan dan kesejahteraan untuk jejaka itu.
tiada penting bahagia buat aku.

8/11/2011

-ramadhan2011-

lama aku menyepi...
orang lain sekiranya jatuh, mudah/dapat/mampu untuk bangkit lagi.
bukan aku tidak pernah merasa jatuh,merasa rapuh, merasa hancur.
cuma kali ini, aku menjadi seorang yang begitu payah mahu bangkit.

ramadhan tahun lepas aku beri harapan palsu kepada seorang lelaki.
tahun ini, dia cukup rasa hancur kerana aku tidak akan mampu dan tidak dapat beri perasaan kepada dia.
kerana dalam diri aku, dalam hati aku, masih ada jejaka itu.
masih aku coretkan perihal jejaka itu.
jejaka itu pernah kata "kamu punya perwatakan menarik, hanya tika ini saja kamu bilang kamu tidak mampu teruskan tanpa aku.kemudian2,kamu pasti ketemu dengan seseorang yang lebih dari aku"
empat belas hari bulan bakal tiba lagi.
sudah masuk bulan ke-empat jejaka itu berlayar dengan bahtera rumah tangga nya.
dan tiap kali empat belas hari bulan itu tiba.
aku masih lagi mengutip segala serpih hati aku,rasa aku,kuat aku...

ramadhan 2011.
tiada lain aku pinta.
agar jejaka itu sejahtera sentiasa,dikurniakan kesihatan selalu.
agar aku turut bahagia melihat jejaka itu bahagia.
agar ayahbonda aku bahagia melihat aku tampak bahagia.

5/15/2011

-when wrong button pressed-

ok people....
now i really have to speak up.
ingat nak senyapkan terus di sini.
tapi waktu ini, aku tengah berapi.

yang patah hati itu....aku
yang tengah hancur itu...aku
yang sedang mengumpul kembali semangat itu...aku
yang sedang bersedih itu....aku
bukan aku tidak hargai segala nasihat dan kata-kata penyejuk hati kalian berikan.
cuma ada masanya, yang aku perlukan telinga untuk mendengar tanpa perlu apa kata-kata prejudis, nasihat yang bergunung, ayat-ayat yang enak.
yang hanya aku perlukan tempat aku luahkan tanpa perlu mendengar kritikan, nasihat, komen akan hubungan yang lalu.
bukan aku tidak hargai.
tapi ada masanya, itu yang aku perlu.

aku kata aku okey.
tapi terkadang aku simpan dendam.
bila kamu mula sentuh pasal hubungan aku yang lalu.

"okey...itu yang kamu kata pada hubungan lalu"

"kamu begini hancur juga bila si A tinggalkan kamu"

"oh...bukan kamu pun kata kamu benar mahu komitmen tika si G tinggalkan kamu?"

"ala....nanti bila kamu ketemu yang baru (yang bukannya lama mana pun selepas ini), kamu akan ketawakan saat kamu begini gila tangiskan si jejaka itu"

oh...ada beberapa lagi yang aku sendiri tidak mampu senaraikan.
tahniah kepada kalian.
aku hargai semua.
tapi bila butang yang silap ditekan..
aku simpan sedikit dendam.

mereka yang baru beberapa tika mengenali aku.
tidak pernah hirau untuk lontarkan ayat penyenang hati.
kalau kalian lihat keadaan aku sekarang ini seperti apa dan bagaimana.

"masa ini sahaja kamu bilang sebegini.esok lusa sudah ketemu lelaki lain, kamu sudah hidup kembali.macam tidak biasa..."

wow!

5/12/2011

-mimpi-

aku rasa hati aku kian mati...

(iman aku tetap ada...kalbuku masih ingat akan Allah)

"tenanglah hati dan kembalikan suria di wajahmu...itu cuma mimpi burukmu dan bayangan yang mengejar semata"

aku rasa hati aku kian mati...

kerana menginginkan yang bukan hak, mengangankan yang bukan mutlak.

aku rasa hati aku kian mati...

kerana hanya mampu termenung melihat serpihan hati dan jiwa aku bertaburan.

5/11/2011

-kopratasa-

12.05.11

tidak perlu kiraan mantik atau persamaan dan logaritma yang rumit...
hanya logik...
lagi tiga hari lagi...
dua hati jadi satu
dan lagi satu jadi berjuta...

apa aku mampu untuk kutip dan ambil segala serpih dan sisa itu?
apa aku mampu untuk buang segala impian dan harapan aku?
apa aku mampu untuk lihat ke depan tanpa perlu memujuk hati agar berhenti merintih?

dengan jelas jejaka itu bilang
bahawa dia sudah melepaskan aku...
lama sudah dia melepaskan dan melupakan aku...
sungguh dia berkecil hati dengan apa yang dia lihat di laman FB aku...
apa dia tidak tahu yang segala apa di sana satu lakonan untuk aku bersosial?
sedangkan di sini, tempat yang sejujurnya aku menjadi seorang aku...
dan betapa dia bilang dengan aku...
segala apa yang aku cakapkan secara lisan dan tulisan
dia tidak tahu untuk percaya atau tidak...
sekiranya aku mampu buang dan lepaskan jejaka itu...
setahun sudah aku akan mampu bilang aku sayang lelaki lain...
tapi jujurnya...lelaki lain terpaksa merasa perih bila aku nyatakan aku sayang pada jejaka itu...
betapa aku agungkan jejaka itu di depan lelaki lain...

hey kamu....
kamu ada untuk dengar kan?
apa kamu mahu tahu impian aku?
yang aku sulam dan simpan untuk jejaka itu?
ini salah satunya...

ayahku jiwa batu, hati keras orangnya...
tidak ada pernah mahu tunjukkan kasihnya pada bonda ku...
tapi satu malam yang sunyi...
tika aku berumur kurang lebih 10 tahun..
di rumah flat kerajaan masa itu
ayah bonda duduk berduaan di ruang tamu
sepi....itu aku ingat...
tiada bicara, tidak gelak tawa...
kemudian...
terus lagu ini berkumandang di kaca tv...
sungguh aku terkesima...
bila satu senyum kecil terukir di bibir keduanya...

dari dulu hingga kini
pabila aku ketemu dengan jiwaku itu...
aku simpankan angan itu untuk nikmati bersama jejaka itu...

Lagu : Kopratasa
Tajuk : Permata Untuk Isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku