sepi
sunyi
pilu
sayu
semua rasa itu mula datang menjengah
sudah mula datang menyinggah
segala rasa itu sudah mula menziarah
segala benteng kekuatan emosi yang aku kumpulkan
dan kukuhkan selama berminggu
hancur dan ranap begitu sahaja
segala rasa itu
yang telah aku cuba lenyapkan dari pangkalan data emosi
tanpa segan silu kembali muncul
begitu rapuh kubu airmata
tatkala bibir lafazkan
"selamat tinggal dan moga maju jaya"
begitu goyahnya rasa hati
tatkala kata-kata selamat meluncur keluar
tapi semua itu sudah jadi adat resam bukan
bilamana ada satu pertemuan
sudah termaktub dalam ceritera nya
akan ada perpisahan
cuma terpulang pada barisan aktor nya
untuk hadapi dengan kental
segala apa rasa yang sudah mula dirasai minggu ini
tidak akan bisa lenyapkan segala apa yang pernah dikongsi selama pertemuan di tanah UMP
baik yang gembira dan yang sedih
segala itu adalah rencah
yang pada di lain hari selang beberapa tahun
akan jadi satu bahan resepi
yang pasti diidamkan sekalian kita
salam selamat
dan ucap maju jaya dalam perjalanan hidup kemudian hari dari aku
sebagai seorang sahabat,teman,kawan,rakan mahupun seseorang
yang pernah kalian kenal sejak 2005 dahulu
4/30/2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 puzzled minds:
haaa
ni la yang ku katakan tadi...
ayat2 bits and pieces of mind...
kenekan aku lagi pasal YT!
muahahaha
ingat lagi masa first year, kelas english, ko cakap kat teacher ko balik bercuti dekat umah aku...
masa tuh aku dah malu giler
ku sangkakan jodoh kita berpanjangan...
tapi tak ku sangka kau telah dirampas syahir...
or should i say i would rampas syahir?>
muahahahahaha
thnks fiqie for all these years..
all the best!!!
welll...
baru ko tahu penangan aku
wahahahahaha
mesti ko da rindu da kan kt aku
kan?kan?kan?
Post a Comment
-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-