6/18/2010

-cintamu-

rasanya aku agak jarang (boleh juga dikatakan hampir tiada) menulis nukilan untuk cinta hati aku
yang aku selesa gelar enchek singa biru di alam maya
aku bukan jenis perempuan yang bangga menayangkan gambar2 berdua di alam maya, di laman sosial...apatah lagi menulis segala apa tentang dia dalam blog...
bukan kerana aku tidak sayang, tidak bangga atau segan untuk berbuat demikian
aku punya prinsip itu dalam berkasih itu senang
"jangan digenggam erat cinta dan hati, takut nanti mudah ianya pergi...biar saja terbang mencari visi,kerana jika cinta dan hati itu milikku, pasti ianya akan kembali" =)

teman2 sama U mesti tahu, betapa aku mengharungi hubungan jarak jauh
aku di pulau borneo, si singa biru di tanah semenanjung
aku tidak ada daya untuk menahan dia dari kejar cita2
kerana aku juga ingin gapai cita2 aku jua [sila rujuk prinsip ok]
jadi aku hanya mampu berdoa agar jodoh kami dipertemukan, rasa percaya kami diperkuatkan, hubungan kami mohon berkekalan =)

aku agak melankolik pada pagi buta sebegini
lagi2 melayan lagu2 yang sekian lama duduk lepak dalam external hard disk aku
godek2 lagu dalam nie, aku terjumpa satu lagu ini
yang buat aku begitu rindu dan melankolik bila teringatkan enchek singa biruku
jadinya, untuk nukilan kali ini, biar aku khaskan buat kamu yang sibuk travel satu tanah semenanjung kini
pinta aku pada Tuhan agar
jodoh kami dipertemukan, rasa percaya kami diperkuatkan, hubungan kami mohon berkekalan [dan juga mohon kamu sihat2 dan selamat selalu]

jadi buat kekasih, cinta hati aku
aku mahu kamu tahu bahawa seluas mana laut cin selatan di antara kita, aku tetap sayang pada kamu
walaupun aku jarang2 mengumumkan perihal itu di laman blog mahupun facebook, aku mahu kamu sentiasa ingat dan tahu betapa hati ini untuk kamu =)
tiada kata2 lebih indah yang bisa jelaskan betapa aku sayang pada kamu selain dari lagi ini

Cintamu by Dygta feat Ira

Cintamu yang kurasa
Walau tak terucap s'makin dalam
Cintamu t'lah terukir
Di batas cintaku selamanya

Tak pernah ku mencoba
Lepaskan cintamu walau sesaat
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu
Kuingin s'lalu dalam cintamu

Dan tiada
Yang 'kan memisahkan selamanya
Cintamu yang terlintas
Terbias matamu s'lama ini

Adakah di hatimu
Terbesit satu harapan untukku
'Tuk berjanji selamanya 'kan selalu milikku
Satu cinta

0 puzzled minds:

Post a Comment

-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-