2/18/2009

-aku musykil akan satu hal-

perihal PPSMI
ini hanyalah dua sen dari seorang aku yang baru mahu kenal apa itu realiti dunia

perihal PPSMI
yang pada mana aku rasakan tiada cacat celanya
yang pada mana aku rasakan bukan satu ancaman pada masyarakat malaysia
yang pada mana aku rasakan bukan satu agen perencat pada minda remaja

perihal PPSMI
yang kian hangat dibangkang dan dibantah
oleh segala apa jentera, penggiat dan pencinta bahasa kebangsaan
yang makin gah dibahaskan oleh segala cendikiawan bahasa yang ada
yang hebat dibantah oleh para ibu bapa sekalipun

perihal PPSMI
yang membuatkan aku musykil
atas dasar apa yang mereka katakan yang bahasa penjajah itu bisa robekkan rasa patriotik pada diri
yang membuatkan aku terpana barang seminit dua
atas dasar apa yang mereka katakan bahasa penjajah itu bisa hilangkan terus identiti bahasa melayu pada diri

bagi seorang aku yang baru mahu lihat realiti dunia ini
aku cukup kagumi bahasa ibunda
peduli apa aku kalau kamu jelik membaca apa yang ada di sini
yang langsung jauh dari apa yang aku selalu ucapkan di bibir
di sini aku mahu kamu tahu kenapa aku musykil akan hal yang satu ini

bagi seorang aku yang baru mahu lihat realiti dunia ini
PPSMI itu tiada langsung punya kekuatan untuk menganggu-gugat hak bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
tiada langsung punya potensi untuk hapuskan identiti masyarakat malaysia
tiada langsung punya kehebatan dan keunikan untuk lenyapkan seni pada bahasa melayu
bahasa melayu tetap punya identiti nya tersendiri
akan tetap gah dengan kekuatan nya

cuma pabila dilihat dari sudut global nya
ada perlunya kita kuasai bahasa penjajah itu
bukan untuk kita hapuskan identiti bahasa melayu itu
tapi untuk kita turut serta dalam saingan global yang kian sengit
pada masa bila lagi kita mahu bakal pemimpin untuk belajar kuasai bahasa penjajah itu sedikit demi sedikit?

kamu pasti pernah terlihatkan iklan di tv
perihal anak-anak sekolah memberi tunjuk ajar kepada seorang pelancing bukan?
usah kamu segan untuk hadam jadam yang pahit itu
bahawa tahap penguasaan bahasa inggeris di kalangan anak muda kita masih lemah
apa golongan-golongan itu yang kamu mahu hantar ke pentas dunia untuk berentap dengan peserta dari seantero pelosok dunia?

aku akui
ada kalanya aku lebih banyak bertutur dalam bahasa penjajah itu
bukan untuk aku tunjuk pada teman mahupun dunia yang aku cukup bangga dengan tahap penguasaan aku
tetapi aku mahu tunjuk pada umum
yang bila mana aku fasih berbahasa inggeris itu
jiwa aku masih cinta akan kesusasteraan melayu walaupun tatabahasa aku teruk
aku mahu umum tahu
pada saat aku bijak bertutur dalam bahasa penjajah itu
tekak aku ini masih inginkan sambal belacan

aku tiada pernah mahu cinta aku pada bahasa melayu aku hilang begitu sahaja
dan oleh kerana itu kebanyakan entri aku
aku karangkan dalam bahasa yang aku agungkan ini
tapi pada masa yang sama
aku sentiasa mahu tingkatkan tahap penguasaan bahasa inggeris aku

perihal PPSMI
kiranya kamu laungkan yang pembelajaran dalam bahasa inggeris itu musuh negara
kenapa kamu tidak jadikan perogol-perogol bahasa melayu yang kian ramai di luar sana sebagai musuh?
perbahasan di parlimen yang begitu agung itu sendiri
dicacatkan dengan segala apa frasa oleh sekian menteri
anak remaja kini sendiri semacam lupa bahawa mereka itu anak malaysia
yang lahir di bumi malaysia
tetapi pabila bertutur dalam bahasa yang kononnya melayu itu
seperti mat saleh yang baru mahu belajar bahasa melayu
ada apa dengan senario itu?

aku musykil akan hal yang satu ini
aku seorang pelajar tahun akhir kejuruteraan kimia(bioteknologi)
yang selama mana aku belajar
dicurahkan ilmu pada aku dalam bahasa inggeris
tapi jiwa aku tiada pernah lupa
pada indahnya seni bahasa melayu itu

dan ya
tekak aku masih mahukan sambal belacan
i'd look silly myself if i claim to be a malaysian but unable to converse well in bahasa melayu
but still
i'd feel way more silly if i ain't able to converse well in english but stubbornly challenge the world

4 puzzled minds:

NadzMR said...

I am 100% agree with u..

Whats wrong with learning Sc n math in english
Too much complaining,, student cannot catch up wat so eva...At least they'd been exposed with it earlier.

let us remind them how WE suddenly been fully taught in English when entering matriculation and amazingly,, WE never complained.

Kita takkan kelihatan bodoh sekiranya dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Orang Yahudi berjaya sebab mereka meguasai bukan sahaja Hebrew tetapi juga bahasa inggeris dan arab....

betul,, org jepun berjaya walaupon guna bhs jepun shj....tp kalau berurusniaga diorg pon perlu translator,,,kn lebih baik kalo sendiri phm apa yg client nk....

For those yang menentang patut malu dgn diri sendiri sbb x memberi peluang utk rakyat malaysia menjadi org yg berjaya.

EsLemOnTeA said...

yeyeah~~~
i think people tend to take things for granted
when things are made easy, they want much more simpler
i recalled mdm chua saying something like this
"no wonder malaysians can never excel in technology.it's the attitude!'

NadzMR said...

fiqi saya amik sebahagian kata2 awk dalam post ni untuk dimasukkan ke dalam blog saya tau....

EsLemOnTeA said...

ambik lah....tiada ada apa sebarang sekatan

Post a Comment

-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-