5/10/2009

-ceritera hari ibu-

-ini entri yang panjang...pastikan kalian benar-benar bosan saat ini-


10 mei
satu hari itu sudah berlalu semalam
hari ibu-ibu dirai

aku seorang yang tidak reti dan tolol
untuk mengucap kata-kata indah buat bonda tercinta
tapi ucapan hari ibu aku sampaikan jua
dan aku turut minta bonda berehat untuk satu hari itu

aku cukup senang dan puas
melihat bonda senang dan gembira
walaupun aku tahu
dia bersedih mengenangkan peneman jiwa dan raga nya
bakal berpindah nun ke tanah seberang sana
tapi aku puas bercerita agar masa senggang nya yang sesaat dua cuma itu
tidak dia layani rasa gundah gulana

namun di sebalik segala apa yang cuba aku tunjukkan
pada bonda
bahawa betapa aku sanjungi, sayangi dan hormati sang bonda
aku punya dua orang adik yang secara misteri nya
mengalihkan posisi akal fikiran dan otak untuk berfikir secara waras
yang mana ianya patut berada di kepala
secara magis nya telah berada di kepala lutut!

YA!
i am DANG IT pissed off!

ceritera ini
aku pohon bisa jadi panduan buat kalian
barangmana kalian bisa menghembuskan pada aku
kekuatan dan kebijaksaan untuk berbicara dengan saudara kandung aku ini

-adik yang umurnya 22 tahun (sila ambil perhatian pada umurnya)-

sudah hampir setahun menghabiskan pengajian di politeknik
dalam jurusan perhotelan dan katering (kalau aku tidak silap)
dan selama hampir setahun itu jugalah
dia bangga menjadi seorang penanam anggur yang versatil
dan pabila disuruh mula 'job-hunting'
mula menarik muka,memberi alasan pelbagai
segala apa peluang dicarikan bersungguh oleh bonda
segala apa bantuan diberikan oleh bonda
segala apa iklan peluang pekerjaan, laman web yang berfaedah, borang-borang yang diberikan oleh saudara mara
segala itu BONDA berikan,sediakan,carikan
tugas si adik sungguh mudah
hanya isi dan hantar!
itu pun si adik perlu dipaksa! (diulangi-DIPAKSA)
aku tanyakan pada si adik apa yang dia mahu sebenar-benarnya
katanya mahu sambung pelajaran dalam jurusan "sports, events and entertainment" (sila bertenang)
katanya itu satu cabaran,dia seorang yang versatil pelbagai,yang punya pakej untuk itu
sepanjang pentang kami bicara
dan kami dengarkan hujah masing-masing
kalian patut dengar hujahnya sekali (aku lupa mahu rekod)
sehari selepas hujahnya yang gah itu
bonda memintanyan untuk menelefon PTPTN untuk menanyakan hal penangguhan pembayaran balik
selepas dia memberikan segala apa buah fikiran (atau aku patut tukarkan buah lutut?erk...) pada petang sebelumnya
dia boleh mencebik muka pada bonda dan hilang segala hujah untuk berbicara pada pihak PTPTN!
DANG IT!DANG IT!DANG IT!
oh...in the end..it was ME who called PTPTN on HER behalf
dan dari saat itu
dia berjaya menjadi orang asing di rumah sendiri
tidak duduk makan bersama
tidak menjamah pun masakan bonda
itu yang buat aku merasa luluh
apatah lagi bonda
ya...dia seorang anak
yang sanggup berperilaku begitu

-adik yang umurnya 17 tahun-


anak bongsu
anak emas yang ditatang dengan penuh segala kasih
tapi tidak tahu apa itu hormat
tidak tahu apa itu mengenang jasa apatah lagi mendengar kata
bakal menduduki SPM tidak lama lagi
tapi lagi khusyuk menghadap kaca televisyen
dari menghadap buku
tiap saat yang dihabiskan di rumah
hanya satu jam sahaja diperuntukkan untuk belajar
tepat pukul 8 malam,masuk ke dalam bilik,handphone sentiasa di sebelah,buku-buku dihampar di atas tilam,setiap 5 minit berbalas SMS,15 minit sebelum jam 9,kemas-kemas buku,lagi 5 minit buletin utama habis,dia sudah berada di ruang tamu,memegang remote control
itu rutin (diulangi-RUTIN)
bila ditegur cara lembut oleh bonda
dibalas dengan suara yang tinggi
diberi jelingan setajam boleh
dan ya
dia seorang anak yang berani berperilaku sebegitu


aku seorang anak yang cukup degil zaman sekolah dahulu
kerana aku pernah membuat bondaku menitiskan airmata
mengenangkan perangai aku dahulu kala
membuatkan aku serik
cukup serik untuk berperilaku sebegitu lagi
aku sehabis daya menasihati adik-adik aku
agar jangan contohi aku
tapi sebagai seorang kakak
aku gagal kan?
kerana mereka sudah berani berperilaku sedemikian rupa
aku masih ingat rasa sebak dan sesal yang aku tahu
tidak akan surut dari hati
saat aku titiskan airmata bonda
dan kenapa mereka masih tidak nampak itu
mereka masih tidak sedar semua itu
pada umur begitu
seharusnya mereka tahukan
syurga itu di tapak kaki bonda
kerana anak buah aku yang umurnya baru 2 tahun seperti sudah tahu itu

ini bukan cerita indah
yang patut ada pada hari ibu bukan
aku punya rasa sesal itu
kerana aku tidak dapat menghadiahi bonda
hadiah yang menyenangkan

2 puzzled minds:

Aisyah said...

gosh.. thats sad..
to think that, me, i would do anything to see my mum happy but there are those who can actually withstand looking at their mother feeling sad because of them.
i cannot go through that.
part of the reason why i accepted my dad's decision for me to do practical in unimap.
tho i hate it so much..i cried too, and my mom consoled me and told me to bear it and try not to be sad because it will make her sad too.
so, in the end, i guess that if my parents are happy then i'm doing good aren't i?
i have the best of blessings, a parents' blessing.
insyaAllah, i will have a good life too.
What parents wouldn't want the best for their kids rite?
I guess u'll have to be clever in trying to persuade ur sisters in order for them to be more obedient.
U hv oredy given them a bad example, so now give them a good example.
As for me, its hard coz i'm a weak example. If anything, my siblings look up to my 2nd sister.
I'd say, u have to be firm yet compromising at the same time. Quite hard to do when u have to deal with a 'kambing hitam' syndrome.
but i think u can do it.
All the best in taming ur sisters!

EsLemOnTeA said...

yeah~~~

u have things as tough and rough too aight~~~
being an older sister is not easy
let alone being the eldest one
let's just hold on to whatever we have for the moment

Post a Comment

-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-