hampir tiap kali sebelum aku menaip
pasti jari aku dilarikan ke halaman dia
fynnjamal
sungguh tega aku rasakan bila menatap ruangan komentar
hanya kerana satu entrinya
menanyakan beberapa perkara
terus-terus dihukum
terus-terus dilabel pelbagai
apa kerana luarannya tidak bertudung begitu?
dia tidak layak untuk menanyakan beberapa perkara?
apa kerana akhlaknya yang kita sendiri sama sekali tidak boleh nilai
dia tidak boleh untuk memberikan barang satu dua pendapat?
haih~~~
manusia memang begitu bukan?
pergi jauh ke pelosok negeri mana pun
kita pasti dinilai dari segi luaran
kerana malangnya kita duduk dalam kelompok yang jumud pemikirannya
kelompok yang masih enggan keluar dari tampuk lama
teringat aku kata-kata ibunda aku
umat melayu kini bukan nya umat "katak di bawah tempurung"
tetapi umat "katak di dalam gelas kaca"
yang mana tahu dunia kian berubah
tapi tidak berbuat apa untuk perubahan itu
umat yang takut untuk menjadi lain dari yang lain
yang takut untuk keluar dari comfort zone
aku jadi kalut seketika
memikirkan analogi baru yang diilhamkan oleh ibunda ku
ada bernasnya
kerana ada kadang dan ketika
aku juga takut untuk keluar dari comfort zone aku
kerana satu ketika dulu
aku juga takut dilabel orang sebagai ekstremis
sebagai pemuja bangsa dan agama lain
jauh sekali tidak
apabila aku berpeluang melihat dunia luar
baru aku tahu
betapa ketinggalan nya pemikiran orang kita
betapa ceteknya pemikiran orang kita
apa ada pada rupa?
apa ada pada pakaian?
apa ada pada penampilan?
sebagai penguat dan aset tambahan barangkali
tetapi kenapa tidak boleh kita lihat
pada apa yang dikata
pada akal yang memikirkan
pada ilmu yang disandarkan?
aku bukannya lalang
yang bisa memberi angguk pada dia
tetapi kerana aku juga manusia yang kurang sempurna
tapi punya akal yang waras
untuk memahami apa yang dimaksudkan
untuk memahami apa yang disampaikan
bukan menyoalkan agama atau apa
kenapa itu tidak dapat mereka lihat?
manusia memang begitukan?
oh....
baju ku singkat dan sendat
aku lupa
aku tidak layak untuk membicarakan ini
*senyum*
11/26/2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 puzzled minds:
tak kisah la bagaimana rupa luaran seseorang itu.. kalau dalamannya baik, keseluruhannya akan nampak baik,.. begitu juga sebaliknya.. kalau setakat muka cantik tapi hati busuk nak buat apa..
sapa kata orang yang baju sendat tak boleh nasihat orang??
sapa kata orang yang pakai tudung tak boleh nasihat orang??
nasihat menasihati itu kan baik..
saling memperingati.. :)
tapi manusia itu spesis yang superior
yang sukakan luaran yang indah-indah di mata majoriti
sudah lumrah begitu kan?
tapi asalkan kita tahu
bumi mana yang kita pijak
awan mana kita berlindung
*senyum*
Post a Comment
-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-