aku kalut malam ini
petang tadi ibunda ku menelefon
ku fikirkan untuk menanyakan khabar semata-mata
kerana aku tahu
sekarang ini dia tengah resah
memikirkan anak daranya ini tidak pulang ke halaman di musim cuti
apakan daya bonda
kerja masih perlu diselesaikan di sini
aku sudah janjikan kesenangan untuk kamu dan ayahanda
aku sudah janjikan mahligai yang wujudnya dengan kenderaan sekali
aku sudah janjikan itu semua
aku tidak mahu janji-janji aku itu menjadi kata-kata semata
kerana itu janji aku pada orang-orang yang tidak mungkin aku dapat tukar ganti
dengan segala apa kesenangan dunia
*mengeluh*
kepala aku ligat memikirkan
tentang apa yang ibunda ku khabarkan
perihal perangai adik dan kakak ku
bukan untuk aku membuka pekung di dada
menceritakan fiil beradik ku
tetapi aku sebak
jiwa ku sesak
mahu dikatakan tidak berupaya untuk berfikir
mereka itu cukup akal untuk lihat secara waras
apatah lagi untuk fikir sejenak
salah dan benar
baik dan buruk
yang tua nya dikhabarkan mahu nikah
syukur aku ujarkan
tidak nampak apa celanya untuk menghalalkan
lantas aku tanyakan
apa yang dibingungkan
tuan empunya badan melenting
bila disuruh tangguh dahulu
paling-paling dalam setahun dua
agar ayahanda aku bisa bersara dengan aman
tidak kalut untuk menyelesaikan segala
yang mudanya tengah memberontak
hanya kerana dikhabarkan kepadanya yang dia harus ikut pindah
memberontak kerana sayangkan teman-teman yang sedia ada
protes kerana ayah bonda tidak faham kehendak segala
melabel ayah bonda selfish
*aarrrgggghhhh*
aku terpana seketika
jatuh jua air mata
mengenangkan
ayah bonda yang tidak bisa dicagar
ditukar ganti
dibeli
selama ini
aku sedar
mereka tidak pernah meminta apa dari anak-anak
hanya inginkan anak-anak berjaya dan senang-senang sahaja
aku juga bukan anak yang solehah begitu
banyak lagi kekurangan aku
pernah juga aku kecilkan hati mereka
bukan sekali
bahkan berkali
dan kerana itu aku sedar dan jaga dari kealpaan aku
betapa aku sesalkan perbuatan jahil aku dahulu
kiranya jalan hidup boleh di ctrl+alt+del
sudah lama aku buatkan
*mengeluh*
kerana aku sesalkan perihal aku
yang membuat aku kian sedih
kerana beradik ku belum upaya melihat segala itu
sesalan yang ditanggung untuk sekian lama
hanya kerana diminta ditangguhkan
hanya kerana diminta berpindah
sudah melenting segala
terguris hati ibunda
aku kalut
kerana aku diminta oleh ibunda
untuk memujuk dan bercakap secara rasional dengan mereka
untuk memujuk adik
bukan masalah
kerana aku kakak
tapi
memujuk kakak...
ego nya dibina seteguh tembok berlin
jiwa kacau
kerana aku tidak upaya untuk berada di sisi ibunda
untuk menceriakan keadaan
untuk membantu dari segi emosi
*merenung jauh*
11/29/2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 puzzled minds:
hm.. sya berasa sedih bila baca entri ni.. sya pown ada kakak dan adik juga.. mereka pown selalu la jugak melenting.. kesian bila tengok emak menangis sebab anak2 dia macam tak hormat dia.. :(
mungkin akak perlu jugak cakap dengan kakak dan adik kakak daripada membiarkan mereka terus melukai bonda dan ayahanda akak..
itulah
memang perlu
tapi kata-kata yang dikarang indah buat adik dan kakak
pantas ditepis ke tepi
sekarang faham kata-kata bonda
"bercakap dengan dinding kerusi lagi baik.sekurang-kurangya dinding itu tidak lari bila dibebel"
terima kasih ya
hope everything's ok...
tatau nak komen cmna lgi...
=p
yeah~~~
hope everything goes well
Post a Comment
-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-