12/03/2008

-aku rindu sama orang tua ku-

sedar tidak sedar
hari telah menginjak masuk bulan disember
begitu pantas masa meninggalkan aku ya...

selang beberapa hari lagi
muncul pula hari raya korban
saat ini
aku tidak tahu apa perasaan aku

gembira?
sedih?
sebak?

aku sendiri jadi penat
cuba mencongak apa di hati aku sendiri

arakian kali nya
saat aku ingin sekali pulang ke halaman
aral datang melintang
bukan aku tidak bisa menolak dan menepis ke tepi
tapi kupikirkan untuk masa depan ku juga

kerana aku teringatkan
kata ibonda ku
bukan wang dan kemewahan duniawi yang dicari oleh kedua orang tua
tapi ketenangan hati dan kesenangan jiwa mereka
tatkala melihat anak-anak membesar dan menjadi insan yang berguna
yang tahu berjasa
yang tahu berbudi
yang bisa menjaga perasaan mereka waima sekelumit pun

aku penat
membisik pada hati untuk bertahan sedikit cuma lagi
aku penat
merayu pada jiwa agar tidak meronta
dan tatkala itu juga
aku kembali tersentak

apa ada pada sedikit pengorbanan aku ini
jikalau mahu dibandingkan pada mereka yang membesarkan aku
apa ada pada sedikit kesusahan aku tika ini
jikalau mahu dibandingkan pada keringat mereka yang mencari rezeki
demi mahu melihat anak-anak berjaya
dan mampu hidup sendiri
sampai tiba masa mereke dijemput pergi

dan kerana itu
aku tetap di sini
menyelesaikan segala apa yang perlu
bagi memudahkan hari-hari aku mendatang
agar aku bisa menyenangkan mereka
itu janji aku


0 puzzled minds:

Post a Comment

-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-