12/08/2008

-hari raya korban-

hari raya korban
serasa aku
pengorbanan aku yang paling besar
tiap kali muncul nya aidiladha
pasti adalah tidak pulang ke kampung halaman

seingat aku
sepanjang duduk jauh di perantauan
baru sekali aku balik ke kampung halaman
menyambut hari raya korban bersama keluarga tercinta

semua itu demi menimba ilmu

tapi saban tahun
aku pasti tidak akan tertinggal
perihal al-kisah keluarga pabila menyambut hari raya korban
walau di sarawak
tidak lah mewah dan meriah mana sambutan nya
tetapi tetap riuh
pabila sanak saudara
sahabat handai datang bertandang

oleh kerana ibu bapa dan adik adik aku juga hidup jauh dari kampung
hari raya korban tetap meriah disambut
pabila sahabat handai datang bertandang
hinggakan pernah satu ketika
juadah di rumah tidak cukup
untuk tetamu yang bertali arus datang
bila mendengar kisah dari bonda
rasa lucu
ayahanda bukannya orang besar pun
tapi punya kawan yang ramai
anak buah yang ramai

*senyum*

teringat aku
dengan kisah adik aku
di raya korban tahun lepas
setelah penat melayan tetamu di sebelah pagi
hingga tengah hari
dia terlelap sebentar
sempat memesan kepada bonda
yang dia akan menjamah makanan selepas lena seketika
mungkin kerana penat yang teramat
dia tertidur sampai ke petang
tetamu sambng datang bertandang
untuk sesi petang
seraya bangun dari tidur
adikku masuk ke dapur
mengatakan perut berkeroncong minta diisi
bonda hanya mampu menjawab
sudah licin disapu oleh tetamu
maka maggi lah santapan nya pada tika itu

*gelak*

begitulah sambutan hari raya korban aku saban tahun
bukan dihidang dengan rendang dan segala
tetapi dijamu dengan kisah-kisah sepanjang keluarga aku berhari raya
walaupun pilu di hati
namun aku puas mendengar
mereka tetap gembira menyambut hari raya
walau tidak semua anak-anak pulang menyambut bersama

tahun ini
aku belum lagi beroleh sajian halwa telinga dari bonda
akan ku hubungi selepas ini
mana tahu
tahun ini adikku menyembunyikan sebelanga laksa sarawak
untuk dibolotnya seorang

*sengih*


0 puzzled minds:

Post a Comment

-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-