1/08/2009

-dua sen aku-

isu hangat tika ini
kempen boikot barangan dan produk keluaran AS dan Israel

serasanya baru 2 minggu sudah
umat Malaysia bangkit menyuarakan kebencian terhadap lahanat Israel
masing-masing bersuara lantang
melaungkan betapa terkutuknya perbuatan mereka itu
menjeritkan pada seantero dunia bahawa dungunya seorang presiden sebuah negara yang gah itu
kerana membiarkan diri menjadi boneka

namun
pada minggu ini
senario pertikaman lidah dan perdebatan alam maya berubah sedikit
masih juga dengan suara-suara lantang
masih dengan semangat yang berapi
tetapi pada usul yang berbeza
hanya kerana pucuk pimpinan menyeru umat Malaysia untuk turut serta
memboikot barangan dan produk AS dan Israel

ada yang bersorak tanda setuju
dan tidak kurang juga yang melatah kerana merasakan itu satu ide yang langsung membunuh
ide yang membunuh ekonomi negara
ide yang merencat pembangunan
ide yang serupa menghambur pasir ke dalam periuk nasi
kata mereka....

ramai yang bertempik
menyatakan betapa tidak rasional nya seruan itu
ramai yang melabel mereka yang mengutarakan ide itu dungu,bahalul,bodoh!

ini dua sen dari seorang aku
yang baru hendak mengenal dunia
tetapi bisa merencana dan bisa kenal
apa itu tindakan seorang dungu,bahalul atau bodoh sepertimana engkau laungkan

saranan itu tidak meminta engkau untuk memboikot segala apa produk keluaran negara sana
saranan itu tidak meminta engkau untuk melupakan double cheeseburger Mcd, snack plate hot&spicy KFC untuk selama engkau hidup
saranan itu tidak meminta engkau untuk humban komputer riba engkau ke dalam tong sampah kerana ada cip processor Intel di dalamnya
dan untuk itu engkau melabel segala mereka yang setuju dengan saranan itu dungu

cuba engkau fikirkan logik di sebalik saranan itu
kiranya berjuta umat Malaysia tidak membeli hidangan Mcd (contohnya) selama sebulan
itu sudah cukup untuk menurunkan peratus profit yang kerajaan boneka AS itu perolehi sebanyak 3%
itu sudah cukup untuk menggertak mereka
itu sudah cukup untuk mengingati mereka (lahanat Israel dan AS)
yang mereka bisa lumpuh kiranya dunia ini bersatu selama beberapa ketika menentang mereka
ianya sekadar wake up call untuk mereka
hantarkan sedikit a knock on their head

aku tidak nafikan
barangan itu didagangkan oleh umat kita sendiri
bukan niat untuk membiarkan pedagang-pedagang itu mati kebulur
bila aku turut laungkan "Ayuh!Kita boikot!"
kita sudah tunjukkan pada Belanda
kita sudah saksikan barangan DutchLady mereka dihentam dengan boikot segala
tapi umat kita masih hidup bukan?

kemudian engkau jeritkan pula
"Hantarkan saja humanitarian aids, agensi segala untuk bantu!"
seorang aku ingin tahu dari engkau yang begitu sombong melaungkan itu
apa engkau sendiri berani untuk berada di bumi palestin barang sesaat dua
hanya sekadar menghantar air minuman bersih pada mereka di sana?
seorang aku tidak segan silu menyatakan
aku sendiri tidak sekuat anak kecil semuda 8 tahun
yang lagi arif pengendalian rifel dari aku
yang begitu gah dan berani duduk di barisan hadapan
menentang lahanat Israel

dan engkau sarankan untuk dikirimkan agensi-agensi itu
berapa ramai yang punya semangat itu?
sedangkan engkau sendiri mengelat apabila dipanggil
untuk program latihan khidmat negara

seorang aku tidak sempurna
terlalu banyak kurang dan hina pada seorang aku
tetapi aku tidak mahu mengirimkan adik perempuan aku sebagai pemuas nafsu bangsat-bangsat tersebut
hanya untuk memastikan aku hidup dengan aman,sejahtera, kenyang dan kaya
kerana itu yang aku rasakan pada mereka yang bertempik segala
mengatakan boikot itu ide bodoh

cuba untuk sebulan dua cuma
cuba untuk boikot barang satu dua produk cuma
cuba kirimkan doa tanpa putus buat saudara-saudara kita di sana
engkau tak kan mati kebulur bukan?

0 puzzled minds:

Post a Comment

-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-