1/16/2009

-hasil dapatan?-

ya.....
agak lama aku menyepi dari tempat persembunyian virtual aku
bukan kerana sudah tiada hati
untuk memuntahkan segala apa yang menyesakkan minda
tetapi fikiran aku agak serabut dan kusut kebelakangan ini

israel lahanat itu belum lagi mahu keluar dari tanah yang mereka nodai
dengan segala apa teknologi senjata
yang dibekalkan oleh sekutu yang sama bangsat
rintihan palestin masih jua aku dengar
masih jua belum surut

dan kini kepala dan fikiran aku bertambah serabut
aku tahu yang aku bukan seorang perdana menteri
tetapi ada tikanya masalah dunia
juga menjadi masalah aku
dan oleh itu
ianya menambahkan lagi masalah yang sedia kala berat di pundak

kerja di makmal untuk projek tahun akhir aku belum mahu memberikan hasil yang aku perlukan
segan silu aku rasa
atau sengaja untuk menduga kesabaran aku?
tahukah kamu yang aku tidak pulang untuk menemui keluarga aku
pada cuti lepas
semata-mata menunggu gas hidrogen keluar?
penantian aku belum mahu berakhir
tetapi kertas kerja harus juga ditulis
itu belum lagi dengan projek design yang satu itu
tidak juga lupa pada rancangan perniagaan yang langsung belum ada momentum

*menarik nafas dalam-dalam*

masa senggang aku yang membosankan itu sudah berlalu
tuntutan kerja kian menyempit
kian menggunung
dan ya.....
ada kala aku agak terduga dengan tekanan
tetapi tekanan itu yang membuatkan momentum aku dalam melaksanakan tugas sentiasa steady
tekanan itu yang membuatkan sel-sel neutron dalam otak aku lebih aktif dari selalu
tekanan itu yang menjadi nadi penggerak dan adrenalin aku untuk terus-terus menyelesaikan segala
jangan risau
aku masih seorang gadis yang normal
itu cuma cara dan kondisi kerja yang bisa membuatkan aku waras

seharusnya sekarang aku menaip kertas kerja untuk projek tahun akhir aku
tapi aku ingin lari seketika
untuk aku luahkan di sini beban-beban yang tidak tertanggung jiwa
agar bisa ide dilancarkan

dari dulu lagi aku ingin beritahu ini
musabab aku ciptakan ruang di alam maya ini untuk aku
satu yang kalian harus tahu
seorang aku ini lantang orangnya
yang sentiasa punya ide untuk merapukan apa sahaja di dalam kepala otak
yang bisa berkata-kata dengan penuh yakin
yang pantang membisu seribu bahasa apabila diajak berbahas (aku juga tahu diam bila aku tidak pasti akan sesuatu...jadi jangan risau)

tetapi seorang aku amat lemah dalam penulisan
aku dapat rasakan
seorang aku tidak akan dapat menggambarkan pada dunia
karektor dan sifat lantang aku dalam bentuk penulisan
aku begitu gah dalam membentangkan hasil kajian pada umum
begitu yakin menghadap panel
dengan menggunakan bahasa yang bukan bahasa ibunda aku
tapi penulisan aku begitu gampang
begitu mencacatkan
sungguh tidak menggambarkan seorang aku

*mengeluh*

dan ya
aku kecewa dengan gaya dan lenggok bahasa dalam penulisan aku
dan untuk itu aku cemburu sama kalian yang bisa meratah segala vocabulary indah dalam apa jenis kamus
untuk kalian ceritakan dengan menarik
kerana itu aku ciptakan ruang di alam maya ini
biar ada tika nya untuk aku jadikan
medan buat aku mengasah dan mendidik diri
untuk memperbaiki kelemahan


0 puzzled minds:

Post a Comment

-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-