12/16/2008

-kata minda yang tengah dihimpit kekusutan-

agak lama aku menyepi
menumpukan sepenuh konsentrasi pada projek
dikerah segala tenaga dan ide pada eksperimen
memerap diri di makmal saban hari
sepanjang minggu
dan semua nya akhirnya menduga tahap kesabaran aku
pabila kerja serba tidak menjadi
pabila eksperimen mula menunjukkan kegagalannya
satu demi satu

satu benda yang elok pada dasarnya
kerana itu petanda yang sistem aku dirikan itu
perlu banyak perkara untuk aku perbaiki
dari segala segi
namun pabila saban hari dan minggu menghadap kerja di makmal
menternak segala mikroorganisma yang anda
sampai diri tidak terjaga
ada masa aku juga bisa naik gila

jadi aku kembali pada asas
back to basic
baca kembali tulisan dan jurnal mereka
yang terdahulu menjumpai apa yang aku baru mahu cari
bina kembali semangat
aduk kembali ide dan buah fikiran untuk aku garapkan

ada baik nya
kiranya aku undur ke belakang setapak
agar bisa aku pecut ke hadapan
beribu langkah
kerana aku optimis
bagi aku
pabila satu pintu itu tertutup
aku percaya akan adanya tingkap dan pintu lain yang terbuka luas
aku cuma perlu undur diri seketika
rilekskan minda
bertenang seketika

aku perlu sedikit cuti bukan?

1 puzzled minds:

AK said...

yerp...
maybe cuti membantu...
pegi somewhere.. kang ko lagi tensen beb!

Post a Comment

-this is a sanctuary...respect those who seek for peace of mind-