3/13/2010

-pi day-

thank you google~~~~~!!!
i can never stop to be amused and surprised
to whatsoever days and celebration that people commemorate for
i never knew that we have Pi Day
and it's today
it's all thanks to google search engine
their today's logo is so unique that it turns on my curiosity mode
and woila~~~~
it's Pi Day today!


-kerja pembersihan-

sudah berapa kurun sudah aku tidak singgah ke sini ya?
bukan aku sudah lupakan secara total perihal ruang legar di alam maya ini
hampir setiap hari aku lawat
hanya hadir sekadar pembaca senyap (silent reader)
dan hari ini...aku mahu sedikit perubahan....
maka ini sedikit sebanyak cerita baru dari aku

agak lama aku tak berkongsi cerita dan cerekarama di sini kan?
dah hampir 5 bulan aku tidak bersua muka dengan pengarang jantung intan berlian permata hati aku
aku di borneo sini
dia nun di tanah semenanjung sana
laut cina selatan perlu direntas jika mahu bersua
dan ya....
aku rindu teramat
aku pinta tiada yang lain
aku pohon padaNya agar ditetapkan hati kami berdua dan dipertemukan jodoh
kami hanya mampu berusaha...selebihnya aku serahkan pada yang hak

seperti ramai yang tidak tahu
tapi aku sudah lama berhenti kerja dari company yang dari taiwan itu
ada isu yang tidak dapat dielakkan
maaf Hanis sebab tidak bisa untuk aturkan sesuatu untuk kamu di situ
lepas berhenti kerja...aku jadi penganggur berbayar
aku turuti training program yang dianjurkan oleh pihak Biotech Corp
tiada apa aku sesalkan selama aku menjadi penganggur pada tika itu
tapi hampir-hampir juga aku putus asa
pabila seorang demi seorang jumpa lubuk rezeki masing-masing
hampir hilang motivasi diri tapi masih mampu untuk berusaha
kerana itu, aku peroleh inspirasi untuk mencari kerja
aku menjadi seorang job hunter yang vicious
baik kerja itu di tanah semenanjung mahupun di sarawak
segala aku cuba
bagi aku, adaptability itu penting
aku tidak mencari kerja yang glamour
yang bagi pulangan dan wang berpuluh ribu tiap bulan
target aku hanyalah untuk mendapatkan kerja yang sesuai dengan kelayakan, sesuai dengan jiwa, serasi dengan aku
satu kerja yang bukan saja halal
tapi menyenangkan hati aku
kerana bagi aku....tiada kerja yang susah
yang buat kerja itu susah, hanyalah diri sendiri

dan oleh kerana perseverance, patience and tawakal aku pada yang Satu
aku ketemu apa yang aku cari
setelah aku apply pada awl bulan 2
mereka minta aku ambil essay test dan hasilkan satu karya ilmiah dalam tempoh 1/2 jam (ya...kerja gila)
dan setelah aku tunggu selama hampir sebulan
aku akhirnya terima jawapan yang aku tunggu-tunggu
aku akan kembali ke alam pekerjaan isnin nanti (15th/03/2010)
aku tidak mahu lupa akan tarikh itu
tiada lain yang aku pohon
aku pohon agar ditetapkan hati aku untuk kerja ini

doakan aku berjaya di sana...

oh ya....
aku rindu sama teman-teman juga
sama Ecah, Hanis, Emma, Etta, Nad dan seterusnya
apa khabar kalian?
harap tidak dilupakan aku di sarawak ini

dan buat kekasih...
bila ya kita bisa bersua?