6/19/2010

-internet-

i am seriously bored right now
so bored that i'm afraid that this boredom could be fatal to me...
it's past midnight and thought want to enjoy the night off with some extensive and intensive surfing on the net
but seriously people
what do you surf on the net?
after checking my mails, few blogs, updates stuff in FB, download few songs
i was left dumbfounded
i was left with nothing else to do on the net [apart than updating this blog awhile]
and i wonder how most people could spent 24/7 in front of gadgets and claim they couldn't live without internet connection

my sister is a religious internet sister
her world was upside down before i bought broadband
and now internet connection has somehow becomes her lifeline
when i unplugged the broadband, she'll turn blue, literally
and she can even surf on until she sprained her wrists [she still does even with sprained wrists]
gosh! it's only couple of hours i've been plugged to net
and yet....
i have no idea what to surf
thus, the birth of this post

-i.a.m.b.o.r.e.d-

6/18/2010

-cintamu-

rasanya aku agak jarang (boleh juga dikatakan hampir tiada) menulis nukilan untuk cinta hati aku
yang aku selesa gelar enchek singa biru di alam maya
aku bukan jenis perempuan yang bangga menayangkan gambar2 berdua di alam maya, di laman sosial...apatah lagi menulis segala apa tentang dia dalam blog...
bukan kerana aku tidak sayang, tidak bangga atau segan untuk berbuat demikian
aku punya prinsip itu dalam berkasih itu senang
"jangan digenggam erat cinta dan hati, takut nanti mudah ianya pergi...biar saja terbang mencari visi,kerana jika cinta dan hati itu milikku, pasti ianya akan kembali" =)

teman2 sama U mesti tahu, betapa aku mengharungi hubungan jarak jauh
aku di pulau borneo, si singa biru di tanah semenanjung
aku tidak ada daya untuk menahan dia dari kejar cita2
kerana aku juga ingin gapai cita2 aku jua [sila rujuk prinsip ok]
jadi aku hanya mampu berdoa agar jodoh kami dipertemukan, rasa percaya kami diperkuatkan, hubungan kami mohon berkekalan =)

aku agak melankolik pada pagi buta sebegini
lagi2 melayan lagu2 yang sekian lama duduk lepak dalam external hard disk aku
godek2 lagu dalam nie, aku terjumpa satu lagu ini
yang buat aku begitu rindu dan melankolik bila teringatkan enchek singa biruku
jadinya, untuk nukilan kali ini, biar aku khaskan buat kamu yang sibuk travel satu tanah semenanjung kini
pinta aku pada Tuhan agar
jodoh kami dipertemukan, rasa percaya kami diperkuatkan, hubungan kami mohon berkekalan [dan juga mohon kamu sihat2 dan selamat selalu]

jadi buat kekasih, cinta hati aku
aku mahu kamu tahu bahawa seluas mana laut cin selatan di antara kita, aku tetap sayang pada kamu
walaupun aku jarang2 mengumumkan perihal itu di laman blog mahupun facebook, aku mahu kamu sentiasa ingat dan tahu betapa hati ini untuk kamu =)
tiada kata2 lebih indah yang bisa jelaskan betapa aku sayang pada kamu selain dari lagi ini

Cintamu by Dygta feat Ira

Cintamu yang kurasa
Walau tak terucap s'makin dalam
Cintamu t'lah terukir
Di batas cintaku selamanya

Tak pernah ku mencoba
Lepaskan cintamu walau sesaat
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu
Kuingin s'lalu dalam cintamu

Dan tiada
Yang 'kan memisahkan selamanya
Cintamu yang terlintas
Terbias matamu s'lama ini

Adakah di hatimu
Terbesit satu harapan untukku
'Tuk berjanji selamanya 'kan selalu milikku
Satu cinta

6/05/2010

-musim gawai-

aku harap aku tidak terlalu lambat untuk mengucapkan "Gayu Guru Gerai Nyamai" buat kawan-kawan yang meraikan Hari Gawai.
aku agak sibuk pada cuti Gawai tempoh hari [aku yang terhegeh-hegeh pegi 'ngabang gawai' ke umah kawan2 and jiran tetangga]
kebetulan lak gaji baru jek dapat...maka lebih masyuk la cuti gawai aku.
tetapi hari cuti yang terlalu lama [2 hari consider lame ke?] membuatkan otak aku agak lembab untuk di-reset kembali ke mode bekerja.
mungkin itu side effect driving license aku yang kebetulan mampos time orang dalam musim cuti. jpj mane yang nak bukak time tue.maka aku terpaksa makan hati dan berulam jantung melihatkan prado itu dipandu oleh kakak dan bakal abang iparku [cis! sangat geram ok!]
walaupun prado itu bukan milik aku tapi aku jaga dengan penuh kasih sayang wo...seperti menatang minyak yang penuh [dem! aku terpaksa kuarkan dekat rm400 ntuk servis prado tue siang tadi]
tapi, pada jumaat lepas [semalam jek pun] aku sangat bersemangat pegi keje
sebab 1: hari jumaat, last day keje of the week
sebab 2: aku dah dapat lesen aku kembali!
sebab 3: aku dah boleyh drive prado itu kembali!

dan esok aku nak berjalan-jalan lagi setelah paksa adik aku ntuk teman aku. mungkin sebab nak lepaskan gian kot...ohohohoho....
agak banyak benda yang happen dalam minggu nie. tapi perkara yang paling gempak ialah umah jiran aku kena pecah masuk. jiran tue aku gelar 'tuai rumah' taman perumahan nie.sebab tanah nie, dier yang punya before dier jual kat developer.bru jek selasa lepas kami sefamili g 'ngabang gawai' ke umah dorang. tuptap, umah dorang kene pecah masuk petang semalam. PETANG ok! masuk ikut pintu DEPAN lak tue. maka selamat TV plasma sebijik, DVD player sebijik, sebuah beg baru [kepunyaan wife dier la] sarat dengan emas [wife dier nye gak] dan [oh~~] satu VCD lagu karok gawai...maybe si pencurik tue nak berkarok ntuk raikan hasil dapatan dan titik peluh nya kot...ble benda alah gnie happen, maka mak aku yang sangat2 risau. biasalah...mak aku nie sangat pakar klu bab2 memikirkan wost case scenario yang boleyh wat high blood pressure.

selain dari tue...aku rindu la kat singa biru aku tue...mane lak dier travel kali nie...uhuhuhuhu...