9/22/2011

-......-

lama sudah tidak menjenguk ke sini,
pasti ramai yang kata "lihat, betapa senang dia move on"
bila sudah tukar relationship status di facebook,
pasti ramai yang kata, bagi dia itu perkara senang, untuk mencari ganti.
aku kira, pasti ramai yang menunggu atau mungkin sedang mengira berapa lama masa yang aku ambil
untuk 'move on'

lama sudah aku ingin tuliskan perihal ini,
serasa aku, sekiranya siapa teman aku yang kini mahukan seorang aku membacanya,
pasti akan berkecil hati.
tapi sampai bila aku mampu simpankan dalam hati.
aku tidak punya teman untuk aku tangiskan segala isi hati.
aku tidak punya teman untuk aku dengarkan bicara.
aku tidak punya teman yang mahu tadahkan telinga semata-mata.

tapi aku masih seorang aku.
yang hati aku masih didekasikan pada jejaka itu.
yang hati aku masih kasihkan jejaka itu,
apa mampu aku...
hanya mampu mendoakan segala kebahagian dan kesejahteraan buat jejaka itu.
walau bibir aku tuturkan pada lelaki lain bahawa aku terima keinginannya untuk bersama aku,
telah aku sebutkan dari mula,
bahawa dia hanya punya jasad aku,
hanya melihat segala gelak tawa aku, hanya lihat segala kerut di muka aku,
tapi hati aku, perasaan aku...
masih utuh untuk jejaka itu.

terkadang aku terfikir,
apa patut aku terima orang lain di dalam hidup aku?
tapi melihatkan jejaka itu jauh pergi mencipta bahagia dia dengan 'rusuk kiri' nya,
apa daya aku.
dulu pernah aku bertanyakannya...
"apa kamu akan bahagia dengan gadis itu?"
jawabnya...."InsyaAllah"

bagaikan masih terngiang jawab nya itu.
aku tidak mampu untuk laungkan pada kenalan, pada teman.
kerana pasti mereka bilang aku gila.
aku masih cuba untuk ucapkan selamat tinggal pada rasa hati dan perasaan yang terlalu utuh untuk jejaka itu.
aku masih cuba untuk bergelak tawa pabila bersama teman-teman.
namun, aku tidak akan mampu untuk memaksa hati aku untuk mengasihi seseorang yang lain seperti aku mengasihi jejaka itu.
kejam seorang aku kerana memperlakukan seseorang yang mahukan aku.
tapi seperti kata jejaka itu..."InsyaAllah"


-menghela nafas panjang-
biar aku bergelak tawa,
biar aku bersama yang lain,
tapi hati ini masih memanggil nama jejaka itu.
tiada lain mampu aku lakukan,
dari doakan segala kebahagiaan dan kesejahteraan untuk jejaka itu.
tiada penting bahagia buat aku.